Saturday, October 13, 2012

tora datang lagi.!!!!

assalamualaikum w.b.t..

petang tadi aku dapat idea nak tulis entry dalam belog ni... pasal si Tora mai lagi dan rakan-rakan seperjuangannya iaitu Ding Dang dan Jojo... sebelum aku main taip-taip kat sini, aku main taip-taip dulu kat Mr.Google punya tempat.... nak cari rupa c tora datang lagi dan rakan-rakan ni macam mana..
sekali taip, mak ai... dah banyak blogger yang tulis pasal produk-produk ni... The famous blogger ever kat Malaysia ni pun ada tulis jugak... haaaa... hebat tak penangan si tora datang lagi dan rakan-rakan ni..

walau apa pun, aku tetap nak taip-taip juga kat sini pasal produk famous ni..
dulu masa aku kecil, barangan ni la antara iklan yang paling top kat tv... kalau dah tengok iklan tu, rasa di hati ni ingin sekali memilikinya.. nampak barang mainannya tu macam best sangat je..

si tora yang selalu datang lagi

penah suatu masa dahulu, aku berjalan-jalan di pekan bersama mak.. lalu satu kedai ni nampak kotak biru atau putih.. hati ku berkata, "eh, sama macam dalam tv la. seronok mainan dalam kotak tu".
kemudian aku pun meminta simpati emak untuk belikan aku sekotak tora datang lagi.... mula-mula mak taknak belikan. mungkin dia tengok muka aku kesian sangat kot menagih simpati sampai nangis-nangis, so, mak pun dengan murah hati belikan sekotak... wahhh... bahagianya hati masa tu.. hahhahaha..

ding dang sahabat sejati Tora

sesampai di rumah, dengan gelojohnya bukak kotak putih tu.. ada cokelat 6 bijik dan ada permainan yang nampak sama tapi tak serupa kat tv... kat tv mak ai... bukan main lagi pistol plastik nipis tu boleh tembak jauh.. bila cuba yang ada di genggaman ni, setengah depa pun tak sampai perginya peluru tu... ish.. ish...
memang tertipu.....  tapi bila nampak ada mainan baru, rasa nak beli lagi, ye tak... . mudah sangat tertipu oleh tpu muslihat iklan..

kaum kerabat tora dan ding dang

rasanya budak-budak sekarang tak peduli dengan barangan ni kan... zaman makin membangun, semakin maju,... barang mainan pun dah canggih tak macam dulu...

  • seumur hidup aku, baru sekali aku beli Tora ni..kerabatnya tak pernah beli langsung. serius... 
  • sumber gambar adalah dari Mr. Google.

No comments:

Post a Comment