Wednesday, October 17, 2012

an important notice to read

assalamualaikum w.b.t

pagi ni aku on kan account facebook aku.. then, aku nampak kawan ni post something kat wall dia.. aku agak surprising la jugak bila tengok gambar yang dia post tu.. geli pun ada jugak...hahahhaa.. nak tau apa dia... meh aku tunjuk sikit.....

notice.... about semen.... hahhaahha... kelakar sungguh.
masturbation notice wehhh..!!!!. siapa sangka nak buat penyelenggaraan bagi pembersihan paip-paip yang full with semen ni mememerlukan penyelenggaraan yang sangat tinggi.. sunggu aku tak percaya..
So, please..................... masturbate in your own room.....

  • luckily, i'm not ex student of USM..
  • but i wondering, is it all university hostel have the same problem.... Huhhh...!!!.. human...

Saturday, October 13, 2012

tora datang lagi.!!!!

assalamualaikum w.b.t..

petang tadi aku dapat idea nak tulis entry dalam belog ni... pasal si Tora mai lagi dan rakan-rakan seperjuangannya iaitu Ding Dang dan Jojo... sebelum aku main taip-taip kat sini, aku main taip-taip dulu kat Mr.Google punya tempat.... nak cari rupa c tora datang lagi dan rakan-rakan ni macam mana..
sekali taip, mak ai... dah banyak blogger yang tulis pasal produk-produk ni... The famous blogger ever kat Malaysia ni pun ada tulis jugak... haaaa... hebat tak penangan si tora datang lagi dan rakan-rakan ni..

walau apa pun, aku tetap nak taip-taip juga kat sini pasal produk famous ni..
dulu masa aku kecil, barangan ni la antara iklan yang paling top kat tv... kalau dah tengok iklan tu, rasa di hati ni ingin sekali memilikinya.. nampak barang mainannya tu macam best sangat je..

si tora yang selalu datang lagi

penah suatu masa dahulu, aku berjalan-jalan di pekan bersama mak.. lalu satu kedai ni nampak kotak biru atau putih.. hati ku berkata, "eh, sama macam dalam tv la. seronok mainan dalam kotak tu".
kemudian aku pun meminta simpati emak untuk belikan aku sekotak tora datang lagi.... mula-mula mak taknak belikan. mungkin dia tengok muka aku kesian sangat kot menagih simpati sampai nangis-nangis, so, mak pun dengan murah hati belikan sekotak... wahhh... bahagianya hati masa tu.. hahhahaha..

ding dang sahabat sejati Tora

sesampai di rumah, dengan gelojohnya bukak kotak putih tu.. ada cokelat 6 bijik dan ada permainan yang nampak sama tapi tak serupa kat tv... kat tv mak ai... bukan main lagi pistol plastik nipis tu boleh tembak jauh.. bila cuba yang ada di genggaman ni, setengah depa pun tak sampai perginya peluru tu... ish.. ish...
memang tertipu.....  tapi bila nampak ada mainan baru, rasa nak beli lagi, ye tak... . mudah sangat tertipu oleh tpu muslihat iklan..

kaum kerabat tora dan ding dang

rasanya budak-budak sekarang tak peduli dengan barangan ni kan... zaman makin membangun, semakin maju,... barang mainan pun dah canggih tak macam dulu...

  • seumur hidup aku, baru sekali aku beli Tora ni..kerabatnya tak pernah beli langsung. serius... 
  • sumber gambar adalah dari Mr. Google.

saya budak baru belajar

assalamualaikum w.b.t

aku tak pandai berbloging... aku baru nak berjinak-jinak...
nak tukar itu ini pun aku tak reti..
bila aku jalan-jalan makan angin kat blog orang, aku tengok header mereka cantik-cantik dan cute-cute belaka..
aku pun nak jugak....
dengan keinginan yang membuak-buak di hati untuk memiliki header yang sedemikian rupa, aku pun tanya la kat Mr.Google macam mana nak menjadikan impian aku satu realiti...
chewahhh..!!!! ayat tak boleh blah kan... hahahahhaha...
Mr.Google bagitau kat aku banyak tempat boleh tengok tutorial nak buat header yang mudah..
oleh kerana aku ada photoscape je, so aku tengok tutorial yang dibuat oleh  Fatin Hazwani..
hasil daripada tunjuk ajar tersebut maka, terhasil la header baru aku...

taraaa!!!!!!!.... sama seperti di atas.. hahha..

 walaupun tak cantik dan tak lawa, sekurang-kurangnya aku berjaya menghasilkannya.... kan kan kan...
thank a lot to Fatin Hazwani.... hheheh...

  • aku baru belajar merangkak,..

Friday, October 12, 2012

under construction

attention please.......

this is a new blog and still in under construction.... thank you...
PEACE..!!!

Thursday, October 11, 2012

Kerjaya



assalamualaikum w.b.t


dah masuk 3 bulan lebih aku duduk kat rumah je lepas tamat pengajian... macam Mem Besar pun ada jugak.. apa tak nya, makan tidur je kerja... Huh..!!  apa pun tak boleh.. dah 3 job interview aku dapat.. dua aku tak pergi sebab jauh sangat.. kat seberang laut sangat... yang mintak jauh-jauh tu dah kenapa kan... aku main hantar resume je kat mana-mana vacancy yang ada.... mana tau sekali interview terus dapat kan.. ehehhehhe... hah..!! yang 1 interview ni lagi dekat je... kat sini je.. Tawau tanah air ku tercinta... Cheewah..!!.. aku pergi meninterviewkan diri dua minggu lepas.. masa aku kat sana, aku sorang je kot interview... mak ai... aku ingat ramai... En.Penemuduga tu tak banyak soal sangat pun.. dia tengok result aku banyak.. lepas tu dia tanya ada lesen memandu tak.. aku dengan yakinnya menjawab "tak ada encik"... pandai bawak kereta atau motor ke.. aku pun jawab lagi "tak pandai encik"... En.Penemuduga tu terus geleng kepala... hahhahahaha..  dia siap tanya lagi bila nak pergi ambil lesen.. aku pun jawab dengan sepenuh hati "lepas ni jugak saya pergi"... berani tak berani.... hahhhahah... lepas interview tu, en.penemuduga ajak aku pergi tengok site.. aku pun ikut je la... dalam hatiku berkata, "macam betul-betul jadi je dia ambik aku kerja ni"... kalau jadi, alhamdullillah lah kan..... siapa yang tak gembira bila dapat kerja... kan kan kan... sekarang ni aku tengah dalam proses pengambilan lesen memandu... harap-harap En.Penemuduga tu call aku balik nanti untuk mengerjakan kerja tu...
macam ni la kot kalau aku kerja... pakai topi putih.... huhuhuhu... (sumber: Mr.Google)


baru sekarang nak ambil lesen memandu... dulu-dulu tak nak pergi... kan sekarang dah rugi...kalau tak, dah kerja dah sekarang ni

Konvokesyen




assalamualaikum ....
alhamdulillah... syukur kepada Allah s.w.t dengan limpah kurniaNya aku kini telah bergelar graduan dari sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA)..  Terima kasih ya Allah... walaupun tidak mendapat First Class, at least aku dapat juga habiskan pengajian ni..
2 dan 3 November 2013 ni merupakan majlis konvokesyen diadakan. kad jemputan aku belum sampai-sampai lagi.. mungkin lambat kot sebab jauh sangat... huhuh...
tapi aku tengok kat laman sesawang konvo tu je la.. ehehehhe.. meh sini aku nak tunjuk sikit....

see..!!! dia ucap tahniah kat aku...
 

sebelum ni telah diberitahu melalui fan page rasmi konvokesyen kat facebook bahawasanya konvokesyen akan diadakan pada 20 dan 21 oktober 2012.
tapi telah ditunda ke tarikh seperti yang tertera di dalam gambar atas sebab-sebab tertentu..
disebabkan hal ini ramai ex student sabah dan sarawak yang naik angin.. apa taknya,.. kebanyakan semua dah book tiket flight... ada yang dah siap book hotel lagi.. ramai kawan yang rugi sampai 1k.. yang rugi 2k pun ada.. aku pun rugi la jugak... nasib baik aku baru book pergi sana je..RM500 jugak kot aku hilang... untuk dua orang, aku dengan abang aku.. banyak jugak la tu kan.. lepas tu aku pergi la airsia tu nak tanya tukar tarikh penerbangan.. kena bayar RM490 kot.. mak ai... banyaknye.... tapi lagi banyak kalau beli baru... emmm... aku dah tak ada budget dah bab-bab tiket ni.. aku cakap dengan mak aku tak payah pergi la... mak aku cakap, ruginya kalau tak pergi... Huhhh!!!.... mak mak mak... mana nak cekau... anak mak ni kerja tanam anggur je... pendapatan langsung tak ada... abang aku suruh aku pergi sorang..... huhhh... tak best nya la... sampai sekarang ni aku tak beli-beli lagi tiket... emm... tunggu dan lihat saja la macam mana nanti ye...
apa yang penting...... aku sudah GRAD!!!!!!!!!!!!...